inilah pengakhiran~
August 14, 2008
Ketika kalian datang melawatku kali ini, ingin aku nyatakan bahawa inilah pengakhiran. Pengakhiran ‘Kehidupan Seorang Aisyah’. Untuk yang terakhir kali, aku tidak menulis sebagai seorang raja. Aku menulis sebagai seorang hambaNya, ya, aku Aisyah. HambaNya yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Luahan terakhir aku, ingin menyatakan kekesalan dan penyesalan, yang aku rasakan sudah lama terpendam.
Semenjak dua menjak, tempat usang ini. Telah kehilangan hilai tawa. Gurau-gurauan yang pernah memenuhi ruang ini. Ya, aku rindukan suasana itu. Tapi, akan ada suatu masa dimana aku akan menangis. Kerana semua kegembiraan hanyalah sementara.
Kalian lihat disekeliling. Perabot2 dalam istana ini, telah ku buangkan jauh2. Telah ku sedekahkan kepada mereka yang kurang mampu. Kerana apa? Kerana inilah pengakhiran. Hamba dan dayang2 ku telah ku bebaskan semuanya. Bawalah diri jauh dari istana usang ini. Bukan aku tidak ingin meneruskan kehidupan ini. ‘Kehidupan Seorang Aisyah’. Tidak akan berakhir. Melainkan apabila bercerainya roh dari jasadku.
Mungkin ada diantara kalian beranggapan… Entah apa2lah si penulis ini. Tetapi inilah aku. Aku selesa meluahkan apa yang aku rasa. Aku selesa menyatakan ketidak puasan yang bertakhta. Aku gah bila menyatakan tentang perasaan. Ya, semua itu aku miliki. Kalian juga mempunyai perasaan bukan?
Walaupun aku masih muda, sudah banyak yang aku lalui. Aku pernah merasa bagaimana perasaan di benci oleh mereka. Ya, memanda2 menteri. Yang tidak pernah suka dengan pemerintahan ku. Aku juga pernah merasa bagaimana ditinggalkan oleh orang yang aku sayangi. Walaupun aku pernah menjadi seorang raja, tidak semua keinginan ku tercapai. Ini semua dugaan aku anggapkan. Aku terima. Kerana aku percaya, ada hikmah disebaliknya.
Aku cuba menahan. Manik2 putih ini daripada mengalir laju. Kerana apa? Kerana aku bencikan perpisahan ini. Perpisahan yang menyakitkan. Tetapi aku terpaksa. Usah bertanya kemana aku selepas ini. Biarlah aku meneruskan kehidupan. jauh dari kalian. Usah merasakan aku menyisihkan kalian. Tetapi berfikir sejenak. Mengapa aku jadi begini. Aku tak penah menyalahkan kalian. Kalian aku telah anggap penting dalam hidup ku. Sebagai teman, sebagai sahabat. Walaupun kalian hanya pengunjung tempat ini yang tak pernah aku kenali.
Tidak terluah segala perasaan ketika ini. Tidak sanggup untuk ku meneruskan segalanya. Sepatutnya bukan ini yang aku coretkan walaupun ketika ini jari-jemari dan minda ku telah ku penjara kan. Supaya mudah hati ini pula berkata2. Ya Allah, aku tak berdaya.
Selamat tinggal kalian. Aku ingin kalian tahu, bahawa aku tidak pernah melupakan kalian. Yang pernah mewarnai hidup aku. Walaupun seketika~ Maafkan aku andainya selama ini tersalah bicara. Aku rindukan saat2 itu.
“PENGAKHIRAN KEHIDUPAN SEORANG AISYAH”
Ya Allah, hambaMu ini terlalu leka. Terlalu mudah dibawa perasaan. Terlalu ikutkan hati. Kau kuatkanlah iman ku Ya Allah.